| 1 |
perkataan hadhanah perlu menggunakan huruf besal atau huruf kecil
cth ayat- Hak hadhanah (jagaan anak) diberikan kepada Plaintif |
|
Ejaan yang betul
ialah hadanah kerana hadanah ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf
kecil.
|
| 21/07/2026 |
| 2 |
Assalamualaikum. Adakah penggunaan dari dan daripada berikut, betul? (1) Air menitis daripada unit penyaman udara (2) Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara. (3) Adik mengeluarkan bendera kecil daripada begnya. (4) Adik mengeluarkan bendera kecil dari dalam begnya. Terima kasih | Ayat yang betul ialah:
-
Air menitis dari unit penyaman udara.
-
Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara.
-
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya.
-
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya.
| 21/07/2026 |
| 3 |
Null |
Pertanyaan tuan tidak jelas. Untuk makluman, sebarang pertanyaan
berkaitan dengan permohonan iklan, kemukakan permohonan Tuan melalui portal dbpsahbahasa.my.
| 20/07/2026 |
| 4 |
Saya ingin bertanya, mengapa istilah syurga beli-belah adalah betul namun syurga membeli-belah adalah salah dari segi istilah. Saya terjumpa dalam satu soalan penyuntingan untuk latihan SPM. saya ingin tahu mengapa istilah yang disebutkan salah. |
Frasa “syurga beli-belah” ialah frasa nama,
kata nama “beli-belah” menjadi penerang kepada kata nama utama “syurga”. Kata “membeli-belah”
ialah kata kerja dan hendaklah digunakan dalam konteks yang betul seperti “Ramai
orang membeli-belah di pasar raya pada hujung minggu.”
Walau bagaimanapun, untuk tujuan peperiksaan
sila rujuk kepada penyedia soalan.
| 18/07/2026 |
| 5 |
Tuan, berkenaan dengan aktiviti perkhemahan , mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka : berkhemah bermaksud : mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam) .Oeh itu, Perkhemahan itu boleh diandaikan berteduh dan tidak semestinya bermalam? adakah aktiviti ini mesti bermalam? Bolehkah kita andaikan aktiviti sebagai aktiviti sehari? minta pencerahan. Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | Dalam Kamus Dewan Perdana, "berkhemah" maksudnya memasang khemah untuk tidur atau melakukan aktiviti di sesuatu kawasan. Berdasarkan maksud yang diberi aktiviti berkhemah boleh bermalam atau tidak bermalam kerana tidur tidak semestinya bermalam. Pihak penganjur perlu memberikan penjelasan terhadap aktiviti berkhemah yang hendak dijalankan. | 17/07/2026 |
| 6 |
Bertemu guru ataupun bertemu dengan guru? |
|
Penggunaan
yang betul ialah “Bertemu dengan guru”. Bertemu ialah kata kerja tak
transitif berpelengkap. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa
Dewan, Edisi Ketiga halaman 165.
|
| 16/07/2026 |
| 7 |
Kemalangan jalan raya adalah/ialah/- disebabkan oleh kecuaian pemandu. - Merujuk kepada Kemalangan jalan raya disebabkan ... Yang mana gramatis? | Ayat yang gramatis ialah "Kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu." | 16/07/2026 |
| 8 |
Permohonan baharu (No. Permohonan: 71009/2026) bagi papan tanda iklan tambahan - Pegawai telah memohon lampiran visual papan premis utama untuk tujuan pengesahan. Walau bagaimanapun, saya telah tersilap memuat naik fail yang tidak betul semasa permohonan dibuat.
Mohon bantuan pihak tuan/puan untuk menggantikan lampiran tersebut dengan fail (permohonan papan premis utama yang telah diluluskan) yang betul seperti yang dilampirkan bersama e-mel ini bagi membolehkan permohonan diproses.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih. | Sila buat pembetulan dan lampirkan semula iklan melalui sistem dbp.sahbahasa atau puan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan iklan. | 16/07/2026 |
| 9 |
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Saya memohon pengesahan mengenai ejaan jawi untuk
Rama-rama
Panorama
Asrama
Sebab ada isu mengatakan DBP masih belum update ejaan yang betul dalam web
Terima Kasih | Ejaan jawi yang betul bagi perkataan berikut ialah:
- Rama-rama = راما٢
- Panorama = ڤانوراما
- Asrama = اسراما
| 15/07/2026 |
| 10 |
Signbord Calla head spa & beauty | Untuk permohonan pengesahan iklan, puan boleh membuat permohonan melalui portal dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
Puan akan menerima makluman “Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya”. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
| 15/07/2026 |